Perkhidmatan Takaful
Takaful Kemalangan
Perlindungan Apabila Perkara Tidak Dijangka Berlaku
Takaful Kemalangan Diri memberikan sokongan kewangan sekiranya peserta mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan yang dilindungi.
Ia sesuai untuk individu, keluarga, pekerja, atlet, jurulatih, ahli persatuan dan peserta program.
Antara perlindungan yang tersedia:
- Kematian akibat kemalangan
- Hilang upaya kekal akibat kemalangan
- Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan
- Elaun hospital
- Perbelanjaan ambulans
- Penghantaran pulang
- Manfaat tambahan mengikut pelan
Pelan perlindungan boleh disesuaikan berdasarkan keperluan individu atau kumpulan.
Nota Penting
Maklumat yang dipaparkan merupakan penerangan umum dan bukan kontrak perlindungan. Manfaat, had perlindungan, caruman, syarat dan pengecualian adalah tertakluk kepada pelan, sijil takaful serta kelulusan pengendali takaful berkaitan.
Sila hubungi Mossuri Takaful Services untuk mendapatkan penerangan dan cadangan perlindungan berdasarkan keperluan anda.